11.26.2013

Bercinta dengan kekasih part time - part 9

Sejak tadi dia tidak menyentuh kerja-kerjanya. Dia asyik melayan lamunan. Ada air jernih yang bertakung di kelopak matanya. Sayu benar hatinya mengenangkan masalah yang semakin rumit. Dia tahu dia tidak mampu melakukan apa-apa selain dari menerima sahaja keputusan bapanya.
   Semuanya kerana bapa yang begitu beriya-iya untuk mengawinkan dia dengan anak member kamcingnya. Bapa juga kelihatan begitu gembira membincangkan tentang tarikh dan majlis pertunangan itu.
   Zalwani benar-benar tiada pilihan lain. Dia akur sahaja dengan kehendak bapanya. Biarlah hatinya luka, namun dia tidak sanggup melukakan hati bapa. Entah bagaimana pula dia hendak berhadapan dengan Farid. Dapatkah Farid memahami keadaannya ketika ini.
   Zalwani mengeluh lagi. Dia terkilan kerana akhirnya dia benar-benar mempermainkan perasaan Farid. Walau sebenarnya dia sudah mula menyayangi dan jatuh cinta kepada lelaki itu. Dia tidak sampai hati untuk menjadikan Farid part time lovernya kerana lelaki itu terlalu baik. Dia ingin menjalinkan hubungan yang serius dengan Farid. Itulah keputusan yang telah di buatnya.
   Tapi segala-galanya hanyalah bersifat sementara sahaja. Farid harus menerima keadaan ini sebagaimana dia sendiri akan cuba menerimanya. Mungkin inilah balasan untuknya yang sanggup mempermainkan perasaan orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
“kenapa ni Chan?”
“ Tiras...”
Zalwani lantas memeluk Atiras Emyra. Entah kenapa hatinya sebak ketika ini.
“ kenapa ni?”
Tiras aku tak ada pilihan lain...?
Air mata yang bertakung melimpah keluar.
“sabarlah chan, mungkin ini dugaan buat kau.”
“aku sayangkan Farid, tiras. Aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia.
“kau berterus terang sahajalah dengan dia. Itulah sebaik-baiknya. Aku yakin dia akan memahami.” Atiras Emyra memeluk Zalwani erat. Hatinya terasa sebak mengenangkan nasib yang diterima Zalwani. “mungkin apa yang kita inginkan dalam itu tidak semestinya menjadi milik kita...” “sabarlah chan.”



Best DresS

Assalamualaikum,

Ini merupakan kali pertama aku mendapat anugerah best dress sempena malam pragraduasi kali ke VI sesi Julai-Disember. Dah la aku baru semester 1. sebelum ni mana ada semester 1 yang dapat anugerah ini.bersyukur sangat-sangat.kemenangan yang tak disangka-sangka. Tema pada malam tersebut ialah Kesultanan Melayu Melaka.Terima Kasih atas kemenangan tersebut. 



Best Dress
Malam Pragraduasi Sesi
Julai-Disember 2013
Anjuran OHANA OT31
23 November 2013
Kuala Lumpur International Hotel.

11.19.2013

Majlis mohon restu

~sebelum majlis dimulakan~


~acara memohon restu~

Bercinta dengan kekasih part time-part 8

Zalwani sibuk memasak. Sebentar lagi bapa akan sampai bersama member kamcingnya. Huhh sabar je lah. Memang teruklah dia kena nanti. Mesti panas telinga dengar perbualan mereka tentang bab kahwin. “ Tiras aku risau lah. ”
“ Risau apanya . bapa nak dating pun risau, apalah kau ni.”
“ aku bukan risaukan dia, tapi member kamcing dia tu.”
Member dia , kenapa pulak?
Dia lah yang beriya-iya merancang dengan bapa aku nak jodohkan anak dia dengan aku.
“oh, anak dialah yang bapa aku berkenan tu.”
Atiras Emyra tersenyum sinis.
“Macam mana ni Tiras?”
Zalwani mengeluh. Entah untuk yang keberapa kali. Hatinya benar-benar tidak tenteram. Ingin saja dia keluar dari rumah ini. Tapi mengenangkan tentang bapa dia, tidak sampai hati pula. Dia tidak mahu melukakan hati bapanya. Tapi bagaimana pula dengan hatinya sendiri?
“ chan! Bapa kau dan bakal bapa mertua kau dah sampai.” Atiras terjerit di ruang tamu. Dia ketawa kecil bila chan keluar dari dapur dengan wajah yang masam.
“pergilah sambut.”
Chan menjeling tajam. Geram banar hatinya.
Kehadiran bapa dan member kamcingnya di sambut mesra. Biarpun hatinya sakit tapi terpaksa juga dia untuk mengukir senyuman. Semuanya demi kerana sayangnya pada bapa. Walaupun tanpa keikhlasan dia tabahkan juga hatinya.
“ Apa khbar bapa?” chan menghulur salam pada bapa. Dia mencium tangan itu. “apa khabar pak cik?”
“baik, wani macam mana?”
“sihat mak cik .” Cuma hati je yang tak sihat.
“Bapa nak makan? Chan ada masak sikit.”
“Boleh jugak, marilah yusri kita makan.”
Chan bergegas ke dapur. Tiras turut membantu menyediakan hidangan. Kemudian barulah mereka duduk untuk makan bersama-sama. Entah apalah agaknya rasa masakan itu.
“Emm, sedap. Pandai wani masak.” Arghh dah puji pulak. Atiras tersipu-sipu menahan tawanya. Bapa pula Nampak ceria mendengar pujian dari member kamcing nya. Dan aku, terasalah benggangnya.
“Wani macam mana?”
“Macam mana apa bapa?” Ishhh macam dah tahu je. “Pasal tu, kalau boleh bapa nak buat bulan depan.” Hah bulan depan. Ya Allah, kau selamatkanlah hamba-mu ini.
“Ya, Wani , Pak cik dah bagi tau Along, Dia tak membantah. Dia pun sukakan wani.”
“Pasal persiapan itu, bapa dah uruskan sikit-sikit,namti wani baliklah….boleh kita buat sama-sama.”
“Buat apa bapa?”
Wani buat seolah dia tidak mengerti. “Ishh budak ini. Persiapan untuk wani bertunamglah.” Zalwani tidak kuasa hendak menjawab lagi. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu bapa tentang keputusannya. Apatah lagi di hadapan member kamcing bapanya dan Atiras sendiri. Ini soal keluarganya. Tapi sampai bila pula dia hendak memendam perasaan semata-mata untuk menjaga hati orang lain.


11.17.2013

Bercinta Bengan Kekasih Part Time-part 7

Keadaan Farid kian beransur pulih. Zalwani terasa gembira. Dia tidak sabar untuk mengetahui tentang bagaimana Farid boleh mengenali dirinya dan menyimpan foto miliknya. Tentu ada cerita menarik disebalik foto yang disimpannya.
 Hujung minggu ni bapa hendak datang rumah. Ishhh orang tua tu memang tak sabar-sabar. Zalwani banar-benar runsing. Bagaimana pula dia hendak mempelawa Farid. Inginkah lelaki itu membuatnya?..
Bagaimanakah perasaan farid nanti bila dia mengetahui bahawa segala yang dilakukan Zalwani hanyalah lakonan semata-mata. Hanya untuk kepentingannya sendiri.
  “Wani! Hah menung lagi.”
    Lamunan Zalwani tersentak. Dia segera menoleh pada Atiras Emyra. Keluhan kecil dilepaskan perlahan-lahan.
   “kenapa ni?” Atiras Emyra terasa simpati.
   “Bapa nak datang Ahad ni.”
    Zalwani mengangguk lemah.
   “So….”
  Zalwani menggeling kecil. Dia buntu ketika ini. Bapa masih berharap dia bersetuju dengan lelaki pilihannya. Haruskah dia beralah sahaja? Bagaimana pula dengan Farid ? Lelaki itu benar-benar mengharapkan dia. Dan lelaki itu juga sudah mula menarik perhatiannya.
“ Entahlah Tiras…Bapa aku tu dah tak sabar sangat dah.”
“Kau bincanglah dengan dia baik-baik.”
“Tak boleh Tiras, bila aku cakap aku tak nak kahwin lagi…mulalah orang tua tu merepek.”
Kata-kata itu terhenti di situ.
“Dia cakap dia dah tua, entah-entah dia langsung tak sempat tengok aku bersanding.”
“Kau beralah jelah…”
“Tapi aku tak kenallah dengan mangkuk hayun tu”
“Kau kenallah dengan dia dulu,kalu rasa okey teruskan. Tapi kalu engkau rasa itu bukan citarasa engkau, kau belah saje lah.
Macam mana plak dengan part time lover aku plak.
Tak kan nak berhenti plak.
“Terserah pada engkau. Engkau lah buat pilihan.
Engkau buatlah pilihan, aku rasa farid tu sesuai untuk kau. Tapi tak tahulah kalau engkau nak terus buat dia sebagai part time lover kau jee.
“Kau tu zalwani bukannye ape-ape,ego. Sanggup kau memainkan perasaan orang lain semata-mata untuk kepentingan kau sendiri.”  “Entahla Atiras Emyra , aku pun tak tahu. Nantilah aku fikirkan.” Atira Emyra menggeleng kecil. Dia teringat Farid. Semalam lelaki itu menelefon mencari Zalwani. Tapi Zalwani tiada. Dikesempatan itulah Farid meluahkan isi hatinya untuk memiliki Zalwani. Atiras Emyra percaya Farid benar-benar tulus dan ikhlas dengan niat sucinya. Cuma Zalwani sahaja yang endah tak endah. Tapi Farid masih tidak mahu menceritakan bagaimana dia mengenali gadis pujaannya itu. Sudah lama dia mencari Zalwani berpandukan gambar gadis itu. Entah dari mana dia dapat gambar itu.

EPISODE LEPAS :

Bercinta Bengan Kekasih Part Time-part 6

Farid meratah wajah dihadapannya itu.cantik. Dengan sepasang mata yang indah dan damai. Zalwani mengetap bibir. Resah diperlakukan begitu. Ingin saja dia beredar dari situ.Cukuplah setakat ini saja perkenalan ini.Dia tidak mahu memperalatkan perasaan Farid yang nyata nampak baik.
“awk dah makan?”
Farid mengangguk perlahan. Gembira benar hatinya dapat bertemu gadis idaman.Zalwani mengeluarkan nasi bungkus dari dalam beg plastic. Dia menghulurkan bungkusan itu.
“boleh tak kalau zalwani tolong suapkan?”
Zalwani tergaman. Dia mengalihkan pandangannya pada kedua-dua tangan Farid yang cedera. Argh, serba salah dibuatnya.
Dia mengalah. Kaku sahaja lagaknya menyuapkan nasi ke mulut Farid. Dan isi hatinya terus berperang tentang hajatnya. Dia tidak bermaksud untuk mempermainkan perasaan Farid. Tapi dia tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalahnya sendiri. Dengan adanya part time lover dapatlah dia menyelamatkan dirinya dari masalah ini.
Bila segalanya sudah selesai nanti, dia akan berterus terang dengan Farid. Dia yakin Farid dapat menerimanya nanti. Dia memiliki perwatakan yang menarik dan tentu ramai gadis yang tergilakan dia. Begitu jugak dengan dirinya sendiri apabila melihat wajah tampan Farid. Cuma dia belum bersedia dan masih tidak mahu memikirkan tentang soal jodoh lagi.
 “Esok balik kerja, Zalwani pergi mana?”
Pertanyaan itu mengejutkan lamunan Zalwani. Dia menggeleng perlahan.
“kalau macam itu, bolehlah Zalwani datang melawat Farid lagi....”
“insyaAllah.”
Yes. Jerat percintaan sudah mengena....
Zalwani melangkah laju mendapatkan Atiras Emyra. Senyumannya nampak berseri dan ceria. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Atiras Emyra yang sedang asyik menonton drama korea yang diminatinya, iaitu My Princess.
“Tiras....i’m so happy.”
“Why?”
“aku dah dapat part time lover, hari ni dah mula dah.”
“siapa yang malang itu.”
Atiras Emyra tersenggih.
“Budak yang accident tu.....”
“oh jadi tadi engkau pergi melawat dialah ni”
Zalwani mengangguk kecil.
“Okey jugak budak itu.”
“No komen, tapi kesian kan....sudah jatuh ditimpa tangga pulak.”
Atiras Emyra terkekeh.
“Alah aku dah tiada pilihan lain. Ini je jalan yang ada dan terbaik. Bapa aku dah tak sabar-sabar pulak tu.”
“Hah sebut je sal bapa kau. Tadi dia ada call .”
“Kan aku dah cakap dah, dia dah tak sabar-sabar nak tengok aku kahwin.”
Tawa Atiras Emyra berlarutan. Zalwani turut sama ketawa kecil. Sedikit sebanyak hatinya sedikit tenang. Dia dah pun dapat part time lover. Dapatlah dia mengatasi masalah yang menyeksa hatinya ini.

EPISODE LEPAS :

Bercinta Dengan Kekasih Part Time-Part 5

Zalwani mengatur langkah laju mendapatkan wad 19 seperti yang di beritahu oleh jururawat tadi. Matanya meliar mencari katil bernombor 11 dan pandangannya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang diulit mimpi.Ada kain putih yang membaluti dahi dan sikunya. Sebatang jarum tercacak  di pangkal lengannya dan disambungkan pula melalui tiup getah pada tabung darah. Huh.parah.
Zalwani menghampiri pemuda itu.sah , dialah yang punya beg. Wajah tampan itu diamatinya agak lama. Ishh boleh jugak ni jadi part time lover. Full time pun boleh jugak.Dia tersenyum sendiri.
   Lama jugak dia menanti sepasang mata yang lena itu terbuka. Ingin saja dia makan nasi bungkus yang di belikan untuk pemuda itu.perutnya memang sudah terasa laparnya. Lepas itu dia tidur dibirai katil itu..ishh bestnya…
   “saudari…..”
   Hah. Cepat-cepat zalwani mengangkat kepalanya.Matanya bersinar-sinar melihat pemuda itu sudah pun terjaga.
Agak lama pandangan itu bersatu.Perlahan-lahan zalwani mengukir senyuman dan dia tunduk ke bawah.Tidak sampai pula hatinya untuk menjadikan pemuda itu sebagai part time lovernya seperti yang direncanakan sebelum ini.
Zalwani terasa bersalah.Melihatkan keadaan pemuda itu, hatinya terasa sayu.Dia tidak sepatutnya meneruskan hajatnya semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri.Pemuda itu tidak bersalah dan dia tidak tergamak untuk meneruskan sandiwara ini.Ingin saja dia berlari keluar meninggalkan pemuda itu.
   “wani…”
   Hah kenal aku. Yap.Dia memang mengenali aku.
Pemuda itu tersenyum. Ishh cair…
   “panjang ceritanya…tak sangka akhirnya kita bertemu jugak.”
   “tapi saya tak kenal awk.”
   “Saya Farid.”
Zalwani mengganguk. Memang nama itulah yang terdapat dalam diari hitam itu.
Saya dah hampir berputus asa mencari awk.
“ cari saya, tapi awk ni siapa.”
“ tak apalah, nanti saya ceritakan.”


EPISODE LEPAS :

Bercinta Dengan Kekasih Part Time-Part 4

Zalwani terus mendapatkan tempatnya.Dia kembali melayan lamunannya, tidak langsung mengusik kerja dihadapannya.Entah kenapelah dia boleh menjadi emotional sangat.Dia meletakan handbang di atas meja. Eh, beg siapa pulak yang lagi satu nie. Ya Allah, lawaknyalah aku. Dari tadi lagi aku pegang beg ini boleh tak sedar. Beg siapa ini. Macam manalah pulak aku boleh bawa sampai ke office.Macam mencuri je.Ishh buruknyalah kelakuan. Zalwani melihat sahaja beg hitam itu. bersaiz sederhana, nak buka ke tak nie. Jantung terasa berdetap detup. Ingatannya tertumpu pasal peristiwa di bus stop , pada pemuda handsome dan mungkinkah beg ini kepunyaanya.
   Perlahan-lahan zalwani mencapai beg itu , Dibukanya dan hatinya semakin berdebar. Ada senaskah majalah komik dan beberapa buah buku kecil.Zalwani terus mencapai sebuah buku kecil berwarna biru tua. Macam diari…
Pandangan zalwani bertaut pada sekeping gambar yang terselit.Macam kenal je….cantik pulak tu… jantungnya mula tidak tenteram. Dia menyelak helaian lain dan matanya melirik pada nama yang tertulis di atas kertas itu. dia yakin tidak mengenali siapa lelaki itu. tapi kalau di amati wajahnya , lebih kurang budak handsome yang accident tadi. Ishhh macam seronok je..
But , ada sesuatu yang tak kena . Apa pulak skandal budak handsome ni dengan budak yang ada dalam tu. Because gambar tu adalah orang yang menyerupai aku…..! hiss confusesnya otak aku.
Zalwani benar-benar binggung. Macam manalah budak itu boleh menyimpan gambar dia. Dalam diari pulak tu. Ishhh kembang nya hidung.Biarpun hidungnya kepek. Dia yakin beg ini kepunyaan budak handsome yang mula menarik perhatiannya. Mungkin beg ini tercampak ketika dia terjatuh.
  Tapi macam mana dengan dia. Dia sama sekali tidak mengenali that handsome boy tu. Arghh bercelaru otak dibuatnya. Mungkin ke aku ni ada kembar seiras. Tapi gambar itu memang gambar aku, ditangkap masa kat kampong. Hinshh….
Zalwani gelisah. Yang pastinya dia mesti berjumpa dengan pemilik beg itu. banyak yang perlu diselesaikan. Untuk bertanya tentang gambarnya entah macam mana boleh disimpan pulak. Secret admirer aku kot….hehehehe…
“Gambar siapa tu?”
Zalwani menoleh.Dia lantas menghulurkan gambar itu kepada Atiras Emyra.
“Macam kau je.”
  “Bukan macam lagi, mamang dah sah aku la tu.”
  “Macam mana boleh tersesat sampai kat dia, mesti ada apa-apa ni.”
Atiras Emyra tersenyum simpul.
“Tak adalah, aku pun tak tahu.Tu yang aku nak selidik tu’.
  “calon untuk part time lover kau ke?”
Zalwani lantas menoleh.Hatinya berdetik. Elok jugak tu.

EPISODE LEPAS :