4.06.2013

Bercinta dengan kekasih part time-part 1


Isi kandungan surat dari bapa semalam benar-benar mengganggu emosinya.zalwani mengeluh panjang memikirkan permintaan bapa yang tidak pernah terlintas difikirannya. Dia lebih senang dengan kehidupan sekarang. Harapan bapa seakan memberikan bebanan pada dirinya.
Zalwani mengeluh lagi. Hanya itulah yang mampu dilakukan ketika ini  dia tidak mampu melukakan hati bapa tapi dia juga tidak mampu membohongi hatinya sendiri. Memang sehingga kini dia masih lagi bersendirian. Bukan kerana tiada yang sudi malahan kalau diikutkan telah ramai yang meluahkan isi hati untuk menjadikannya ratu di hati.
Tapi dia lebih senang bersendirian. Bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa ada yang menghalang. Dan yang pasti hatinya sendiri belum terbuka untuk seorang insan yang bergelar lelaki. Dia terlalu takut untuk jatuh cinta apatah lagi untuk bercinta.
“ Hoi ! jauh termenung”.
Lamunan  zalwani tersentak dengan sergahan Atiras Emyra . Dia segera menoleh. Melepaskan keluhan kecil. “ kenapa ni chan ?”. itulah nama paggilan bagi dirinya. Nama korea gitu.
“aku ada masalah sikit”.
Lemah sahaja suara itu menusuk ke telinga Atiras Emyra. Tidak seperti selalu. Kelakar pula melihat telatah zalwani begini.
“kau ada problem ? Apa dia ”.
“bapa aku tu…..
Kata-kata itu terhenti disitu. Zalwani terasa malu untuk meneruskannnya. Apatah lagi bila melihatkan senyuman Atiras Emyra.
Perlahan saja dia mengatur ayat itu. Memang seperti yang telah diduga ……tawa Atiras Emyra pecah. Menyebabkan hampir semua mata di kantin menoleh ke arah mereka. Arggghhh..
Zalwani tertunduk. Ada rasa-rasa dia juga ingin ketawa bersama-sama Atiras Emyra. Lucu. Memang melucukan. Dalam diam hatinya turut mentertawakan dirinya sendiri.
Suasana di pejabat agak kelam kabut. Apatah lagi apabila waktu untuk pulang hampir tiba. Masing-masing seboleh-bolehnya mahu menyiapkan kerja yang ada. Zalwani tekun mengadap laptop dan menyanyi kecil mengiringi senikata lagu ‘part time lover’ yang berkumandang tanpa memperdulikan telefon yang bordering di atas meja.
Kerjanya terlalu banyak dan dia tiada masa untuk menjawab panggilan telefon itu. Atiras Emyra di meja sebelah mengeleng kecil. Dia terus bangun dan mengapai telefon.
“hello, selamat petang.”
“boleh saya bercakap dengan zalwani.”
“siapa ni ? ”.
Ni bapa dia. Dia ada tak??
Gulp. Ni mesti tidak lain tidak bukan mesti mahu bertanya tentang soal perkahwinan…huhuhuhu..
“oh pak cik , ni Atiras ni. Pak cik apa khabar??”
Ewahh. Mana lah tau kot-kot pak cik ni ada extra boy lagi nak pass kat aku pulak. Bisik hati Atiras .
“sihat. Atiras macam mana plak.”
“Saya pun sihat pak cik. Pak cik tunggu sekejap yea.”
Atiras terus menekan butan hold. Bagi chance dia dengar muzik kejap.
“chan. Call for you.”
“siapa???”
Dia masih tidak mengalihkan pandangannya dari laptop miliknya.
“bapa kau ni”.
Hah. Dah tahu dah apa motif dia call aku ni. Tidak lain la tu.mesti bab kahwin ni. Tidak !!!
“kau cakap lah aku tak ada”
“apa punya anak kau lah chan, kau tak baik chan. Dia rindukan kau tu.”
Atiras Emyra tersenyum. Suka dia dapat menyakat.
“ Alah rindu apanya. Dia nak tanya pasal bab kahwin je tu.
“Habis tu macam mana ni?”
“cakaplah aku dah keluar. Nanti aku belanja kau KFC.
Cheh, rasuah pulak.
“set.”
Atiras Emyra tersenyum puas, lepas jugak perut aku untuk malam ini.
“hello pak cik, zalwani tidak ada la. Nanti saya surul dia call pak cik balik ya.
“hah eloklah tu. Suruh dia call cepat sikit. Pak cik ada hal penting nak cakap dengan dia.”
“insyaAllah. Assalamualaikum pak cik.”
Hinshhh.
“waalaikum salam .”
Klik. Talian diputuskan.
Zalwani telan air liur . jangan haraplah dia nak telefon. Ishh, cari penyakit namanya tu. Mujurlah ada kawan yang makan rasuah. Boleh jugak minta tolong. Dia bukan along Cuma tempat nak minta tolong.huhuhu

~IzZy~

No comments:

Post a Comment