11.19.2013

Bercinta dengan kekasih part time-part 8

Zalwani sibuk memasak. Sebentar lagi bapa akan sampai bersama member kamcingnya. Huhh sabar je lah. Memang teruklah dia kena nanti. Mesti panas telinga dengar perbualan mereka tentang bab kahwin. “ Tiras aku risau lah. ”
“ Risau apanya . bapa nak dating pun risau, apalah kau ni.”
“ aku bukan risaukan dia, tapi member kamcing dia tu.”
Member dia , kenapa pulak?
Dia lah yang beriya-iya merancang dengan bapa aku nak jodohkan anak dia dengan aku.
“oh, anak dialah yang bapa aku berkenan tu.”
Atiras Emyra tersenyum sinis.
“Macam mana ni Tiras?”
Zalwani mengeluh. Entah untuk yang keberapa kali. Hatinya benar-benar tidak tenteram. Ingin saja dia keluar dari rumah ini. Tapi mengenangkan tentang bapa dia, tidak sampai hati pula. Dia tidak mahu melukakan hati bapanya. Tapi bagaimana pula dengan hatinya sendiri?
“ chan! Bapa kau dan bakal bapa mertua kau dah sampai.” Atiras terjerit di ruang tamu. Dia ketawa kecil bila chan keluar dari dapur dengan wajah yang masam.
“pergilah sambut.”
Chan menjeling tajam. Geram banar hatinya.
Kehadiran bapa dan member kamcingnya di sambut mesra. Biarpun hatinya sakit tapi terpaksa juga dia untuk mengukir senyuman. Semuanya demi kerana sayangnya pada bapa. Walaupun tanpa keikhlasan dia tabahkan juga hatinya.
“ Apa khbar bapa?” chan menghulur salam pada bapa. Dia mencium tangan itu. “apa khabar pak cik?”
“baik, wani macam mana?”
“sihat mak cik .” Cuma hati je yang tak sihat.
“Bapa nak makan? Chan ada masak sikit.”
“Boleh jugak, marilah yusri kita makan.”
Chan bergegas ke dapur. Tiras turut membantu menyediakan hidangan. Kemudian barulah mereka duduk untuk makan bersama-sama. Entah apalah agaknya rasa masakan itu.
“Emm, sedap. Pandai wani masak.” Arghh dah puji pulak. Atiras tersipu-sipu menahan tawanya. Bapa pula Nampak ceria mendengar pujian dari member kamcing nya. Dan aku, terasalah benggangnya.
“Wani macam mana?”
“Macam mana apa bapa?” Ishhh macam dah tahu je. “Pasal tu, kalau boleh bapa nak buat bulan depan.” Hah bulan depan. Ya Allah, kau selamatkanlah hamba-mu ini.
“Ya, Wani , Pak cik dah bagi tau Along, Dia tak membantah. Dia pun sukakan wani.”
“Pasal persiapan itu, bapa dah uruskan sikit-sikit,namti wani baliklah….boleh kita buat sama-sama.”
“Buat apa bapa?”
Wani buat seolah dia tidak mengerti. “Ishh budak ini. Persiapan untuk wani bertunamglah.” Zalwani tidak kuasa hendak menjawab lagi. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu bapa tentang keputusannya. Apatah lagi di hadapan member kamcing bapanya dan Atiras sendiri. Ini soal keluarganya. Tapi sampai bila pula dia hendak memendam perasaan semata-mata untuk menjaga hati orang lain.


No comments:

Post a Comment