4.10.2013

Bercinta dengan kekasih part time-part 2


Orang ramai berpusu-pusu menuju ke hentaian bus stop. Mengejar masa,mengejas bas dan mengejar tempat duduk. Zalwani mengeluh mengenangkan tentang permintaan bapanya. Sampai bila dia harus mengelak dari bapanya. Dibuatnya dia dating kat rumahnya nanti langsung tak boleh lari. Lagipun sampai bila dia harus mengelak dan sampai bila dia harus bagi rasuah kat Atiras Emyra tu.
“oii,menung lagi. Sambil jalan pun boleh menung jugak.”
Atiras Emyra mengusik.
“Atiras aku tensionlah,bosan.”
Zalwani mencebik. Ingin saja dia menangis.
“sorrylah kalau aku menambahkan masalah kau lagi.”
Dia berasa bersalah dengan perbuatannya. Selama ini dia mempersendakan masalah yang ditanggung oleh zalwani. Bukan dia tidak memahami keadaan zalwani tapi sekadar ingin mengembirakan hati sahabat baiknya sejak dari bangku sekolah lagi.
“It’s okay, aku tak terasa pun.”
“so apa pendapat engkau.”
“Aku tak nak kahwinlah, lagipun aku tak kenal pun budak itu. Yang aku tahu dia anak member kamcing bapa aku. Pasal itulah dia nak jodohkan aku dengan budak itu.”
“ohh, nak mengeratkan silaturrahimlah tu.”
Atiras Emyra tersenyum lagi.
Dia mengeluarkan surat emak. Membuka dan membacanya entah untuk keberapa kalinya. Entah la. Atiras Emyra di sebelah turut mengintai. Bibirya tersenget-senget menahan senyum mengenangkan isi surat itu.
“tiras, aku ada idea. Entah boleh pakai ke tidak.
Senyuman zalwani kembali berseri.
“Apa dia?”
“bapa kata kalau aku dah ada calon sendiri, dia tidak kisah. Biarlah aku menentukan pilihan aku sendiri.”
“so what? Aku tidak fahamlah.”
“so aku ingin cari part time lover dan kenalkan dengan bapaku. Lepas ni gerenti dia senyap punya.”
Atiras Emyra menangguk kecil tanda setuju.
Tetapi siapa calonnya?
Zalwani mengeleng kecil. Dia mengeluh. Cuba mengingatkan semua kenalan lelaki yang ada. Sorang pun tidak boleh pakai,hampeh. Apa pun tak boleh. Huh. Meluat.
Deringan telefon menyentak lamunan zalwani. Lemah sahaja dia melangkah mendapatkan telefon di atas meja.  Telefon dicapai dan didekatkan di telinga.
Hello.
“wanie ke tu?.
Kus semangat. Macam kenal je suara. Zalwani berpura-pura tidak tahu.
“wani ni,bapa apa khabar?”
“Alhamdullilah, wani sihat?”
“Wani baru baik dari demam, sebab itulah tak dapat telefon bapa.”
Ishhh tipu sunat lagi. Bukan apa. Nak jaga hati orang tua.
“oh. Tak apalah. Wani dah dapat surat bapa?”
“surat? Aaa dah dapat dah.”
“macam mana? Bapa tak paksa engkau,kalau engkau ada pilihan hati engkau sendiri. Tapi anak pak cik Yusri engkau tu baik orangnya. Kerja pun elok.” Ada kedai sendiri pulak tu.
“tapi bapa….wani dah ada pilihan sendiri.
“kalau dah ada eloklah tu. Bapa bukan apa, teringin sangat nak bermenantu. Wani sajalah anak bapa.”
“Zalwani faham bapa.”
“Hah bila lagi nak bawak jumpa bapa?”
“Gulp. Orang tua ni pun tak sabra-sabar.
“nantilah dulu bapa, wani sekarang ni sibuk……………
Kalau ada cuti nanti wani bawak jumpa bapa.”
“Tapi jangan lama sangat ya.”
“Baik bapa.”
Klikkk! Talian telefon diputuskan. Zalwani merebahkan badannya di atas sofa panjang. Mengeluh. Atiras Emyra menggeleng kecil melihat keadaan sahabat baiknya itu. Kasihan pulak dia melihat zalwani yang sebelum ini tidak pernah bermurung.
“zalwani are you okay.”
Zalwani terdiam. Bagaikan tidak mendengar kata-kata Atiras Emyra.

Episod Lepas :

~IzZy~

No comments:

Post a Comment