12.30.2011

kembaLi

Assalamualaikum,

 sudah lama rasanya saya tidak berblog,

berhabuk sudah blog saya

macam mana hendak berblog jika mata tak dapat melihat,

jangan salah sangka yea.

bukan buta,

tapi mata saya sakit dan belum sembuh lagi

sakit ape??

hendak tahu?? 

mata saya mengalami kecederaan semasa saya membawa motor

terkena serpihan batu entah dari mana datangnya

tak sempat hendak elak

macam mana nak elak jika bawa motor sampai habis tali minyak

mata saya mengalami pendarahan dalam

lambat lagi la hendak sembuh.

nota kaki : doakan saya cepat sembuh yea

IzZy

12.20.2011

AkHiRnYe

Assalamualaikum,

akhirya segala masalah ku berkaitan dengan my lappy sudah selesai.

assignment pun baru je sudah buat nie..

ye la esok kan nak kena hantar.

kelmarin memang aku fedup betul. dah la lappy jam.

masalah lain juga buat aku nak naik marah.

ape taknya dah la semua kita dah prepare nak present pun susah ke?

 nak bercakap ape yang ada kat kertas di tangan pun tak terkeluar. 

lau suruh menjampuk dan buat bising no satu.

 alahai ragam betul la. 

buat malu je.

 menyesal aku duduk group campur dengan group bukan terdiri dari kelas aku.

 semua pandai cakap je.

baik aku buat sorang-sorang.

 ni la aku paling tak suka bila buat kerja membabitkan group.

 lau ada kerjasama ok la..

ni haram..

ape-ape pun sesuatu yang telah terjadi tidak mungkin dapat diundur kembali.

belajar dari kesilapan.

IzZy

12.16.2011

belajar buat kuih goyang

Assalamualaikum,

hari ini nak belajar buat kuih goyang.

hu3..

lau kota bharu panggil kuih sarang tebuan

jangan pandang atas nama je..

hu3

entah jadi ke tak..

lum cuba lum tahu..

see and wait..

IzZy

12.14.2011

PENAWAR LUKA

Assalamualaikum,

Biar aku pergi membawa diri,

Mengikut diri yang ketandusan rindu,

Kemana – mana yang ku rasakan perlu

Tanpa rasa getar , tanpa rasa sesal

Kerana itu ku tahu,

Mereka mencemuh diri ku,

Yang hanyut ditelan durja

Dipersada sepi ini kembali

Kerana cita – cita

Lebih dari cerita  cinta

Namun tidak ada sesiapa yang

Tahu

Adakah engkau ?

Yang mencari seribu waktu

Menatap pilu ku

Mengimbau kenangan ku

Namun aku cukup mengerti

Bahawa hidup ini adalah

Penawar

Penawar kepada sejuta luka

Yang hadir tanpa cinta.

IzZy

12.11.2011

Air Mata Kematian

Assalamualaikum,

Pagi ini, dia telah pergi dengan kebencianya

Air mata ku mengalir hingga membasahi kedua belah pipiku

Tak kan ku larang lagi dia

Tak kan ku pedulikan lagi dia

Cukup sudah penderitaan ini untuknya

Aku akan berjalan sendiri

Mengarungi beban hidup yang sungguh berat di hati

Mereka bukan siapa-siapa untukku 

Akuada di antaracintaitu

Cinta yang akanmenyakitkandirinya

setelahsemalamlepasdariucapannya

ku mengerti bahwa diri ini tak pantas lagi untuknya

Ku telahmenyakitihatinya

Walau ku cinta dia

Tapi diri, jiwa, ego ini tak pantas untuknya

Dan beban ku lah ternyata yang paling berat

Sungguh tak ku bayangkan jika semua terjadi

Keinginanku yang terakhir kali dalam hidup

Aku ingin jiwa ini berguna untuk yang memerlukannya


Dan bahagialah diri kujika semua ada

IzZy

12.10.2011

jalan-jalan

Assalamualaikum,

petang semalam saya and the geng telah pergi konvoi kat pantai 7 and pantai geting..tahu tak kat ane?tak tahu..huhuhu.ok lah..semua pantai yang saya cakap tu terletak kat tumpat.kelantan.kalau ada masa p lah sana.memang best la..dah lama tak buat aktiviti begini.semua yang pergi konvoi tu semua guna motor keluaran honda.kebanyakan la guna Ex5-dream termasuklah saya.walaupun saya ada sebiji lagi motor jenama yahama. insyaAllah lau tak ada aral melintang 23 hb konvoi lain akan menyusul..tapi tak tahu nak rancang p mana..jauh perjalanan luas pandangan .






p/s: picture lain rujuk fan pages saya





IzZy

12.09.2011

sampai destinasi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.kelmarin sampai jugak saya kerumah.

perjalanan jauh sungguh memenatkan.

bak kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan..

huhuhuhu..

IzZy

12.06.2011

Entry taNpa taJuk

Assalamualaikum,

mengapa apa yang kita rancang berbeza dengan keadaan situasi sebenar. 

apa-apa yang saya buat hari ini ada je yang tak kena.

IzZy

12.05.2011

Not in A gooD Mood

Assalamulaikum,

bercakap memang mudah , tapi untuk melaksanakan memang susah lau bercakap sahaja tak payah la.bazir air liur je. ni la apabila lidah tak bertulang. lau bertulang dah lama dah patahkan. kau tak tahu apa yang ada lam hati ku.apa yang aku fikir. kau ambik mudah je.

nota kaki : mood tak berape bagus malam nie.

IzZy

12.04.2011

oH la La

Assalamualaikum,

kenape malam nie tak ada mood nak study.

sedangkan esok ada paper nak kena jawab. 

tengok bola rajin plak.

chelsea pun menang mlm ni

termasuklah mancester city

oh mood rajin datanglah berdamping denganku

p/s : tengah kumpul kekuatan dan semangat tuk study

12.02.2011

TentanG CintA

Assalamualaikum,


izzy

HiduP yanG iNdah beRsamA awAn

assalamualaikum,

perjalanan liku-liku hidupku

hampir di jalan ini bersama motorku

mencari sesuap nasi demi raga ini

dan menikmati betapa indahnya hidup ini

tidak seperti hari yang selalu

hidup ini sungguh membahana dalam perjalanan ku

kulihat di kaki langit biru

awan putih yang bergerak perlahan 

terus berada di atas ku

sampai saat ini masih ku rasakan

indahnya bersama awan tak hujan

sambil ku tepikan motor untuk istirahat sejenak

dan terbang bersama angan menembus awan

izzy

11.29.2011

BerDebaR

assalamualaikum,

kenape lah hati ini semakin berdebar bila 

semakin dekat dengan midsem esok nie

berikanlah hambamu ini kekuatan dan kemudahan 

lam menjawab soalan esok

sesungguhNYA engkau maha mengetahui 

serta berkuasa lam menentukanNYA

amin.

izzy

11.24.2011

AlhamdulilLaH


Hari ini masa on the way balik kampung banyak perkara berlaku masa perjalan.
semua itu hampir menyebabkan kesusahan yang besar. Firstly sy mengelak kepada sebuah kereta dan hampir jatuh ke dalam air paya yang dalam.kedua hampir putus asa bila jalan yang saya ambil untuk balik semua ditengelami air..nasib baik la tak berapa nak dalam sangat.semput2 je mtor saya melaluinya..kalu enjin mati kat tgah hulu sorang-sorang menangis tak berlagu la saya.masuk je area pasir puteh motor  saya plak kehabisan minyak.dah sampai stesen,stesen lak kehabisan minyak.mujrlah ada hamba ALLah ni datang membantu.dia pergi umah dia kat seberang jalan ambik sedikit minyak petro untuk membolehkan saya mencari tempat untuk mengisi minyak.tapi dalam masa yang sama Glove sy tak tahu la jatuh kat mana.tak tersedar sedikit pun.maybe jatuh masa saya tanggalkan masa menolak motor masa cari stesen minyak.
Apa-apa pun saya selamat sampai. Harta tak dapat digantikan dengan wang ringgit.

p/s : terima kasih banyak kerana membantu.
      Life more important that everything

IzZy

11.23.2011

HujaN

Assalamualaikum,

Hari ini hujan turun dengan lebatnya.

terasa malas hendak bangun untuk pergi kelas

tapi ku gagahi jua

demi menuntut ilmu

dan mengapai segulung diploma.

p/s : layan je.
Izzy

11.21.2011

BASIC FIREWATCH

ASSALAMUALAIKUM

Scroll kat bawah.biarkan gambar dibawah menceritakan segalanya.









p/s : sekadar pembelajaran bersama

Izzy





11.18.2011

FikiR

Assalamulaikum,

I was really hate if anyone who touch my stuff

Don’t touch my stuff

I don’t like ok

If u want u can tell first

Jangan main redah je.

Ada tempat boleh redah dan ada juga tempat tak boleh redah

Fikir dulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

Tak kira la apa-apa pun.

Izzy

kata-kata

Assalamualaikum,

Untuk  membuat seseorang menyukai kita memang sukar,

Tetapi membuat orang membenci kita memang mudah

Terlajak perahu boleh diundur

Telajak kata binasa.

Izzy

11.13.2011

sudah sampai masa Nya

Assalamualaikum,

Hari ni cuaca hujan lebat

Habis basah kuyup dan badan menggigil

Apa taknya dari kelantan sampai kemaman hujan

Tak henti-henti

Tak ada tanda hujan nak berhenti mencurah air dari langit

Menyirami tanah yang kering ke bumi

Itu tandanya sudah sampai ke masanya.

Izzy


11.02.2011

ReNanG

assalamualaikum,

hari ini bermulalah kelas renang

banyak perkara baru yang dipelajari

selain dapat kawan sekolam yang baru

untuk mengisi masa

selain mencari pengalaman dan pembelanjaran

untuk bekal hari mendatang

Izzy





11.01.2011

apa dah jadi nie !!!

assalamualaikum,

geram betul la..apa dah jadi ngan my lovely lappy ni..

asyik mati ngan sendiri je bila nak online.

kena virus ke..ke apa sebab.

ishhhh..geram betul la..

baru je format dah jadi camni.

dulu tak camni.


p/s : apa kah penyebab benda cam gini berlaku yea. adakah virus dah menyerang my lappy..


Izzy

10.31.2011

semoga hari ini lebih baik dari semalam

assalamualaikum,

semoga hari ini lebih baik dari semalam

dimurahkan rezeki dan dilindungi dari marabahaya

izzy

10.26.2011

kenangan oh kenangan

assalamualaikum,

Kenangan Oh Kenangan

Kenape Engkau Menghampiri Ku Sedangkan

Aku Tidak Mahu Engkau Hampiriku Lagi

Kerana Semua Itu Penuh Dengan Kesakitan Dan Kekecewaan.

Membuat Diriku Tidak Mampu Terkata Apa-Apa.

Biarkanlah Ia Berlalu.

Kerana Itu Sudah Menjadi Kenangan Di Masa Lalu.

izzy

10.17.2011

kekasih

assalamualaikum,

saya berduka apabila takdir menentukan 

kamu menjadi milik orang lain

tanpa saya sedari

Namun, takdir juga mengubah

nasib hidup saya apabila mengetahui

mungkin ada orang yang lebih 

baik menunggu saya dan lebih 

sesuai untuk diri saya.

mungkin seseorang yang saya 

rindui selama ini yang bersembunyi

di sebalik bayang-bayang.

izzy

10.09.2011

cepatnya masa berlalu

assalamualaikum,




sudah lama rasa nya blog ni tanpa penghuni.

mana tidak nya. sibuk ngan exam.

sudah berhabuk pun.

ni datang buang dan sapu mana yang perlu je..

huhuhu..

dup-dup hari ni saya dah kena daftar sem baru.

cepat benar masa berlalu.

meninggalkan kenangan sem lepas.

minggu depan bermulalah sem baru buat diriku

majulah kehadapan

tinggalkan perkara sem lepas.

p/s : masa itu emas.hargai masa. belajarlah selagi ada masa

izzy

9.20.2011

pesan jiwa

assalamualaikum,


hati yang tidak lagi mencari ketinggian dunia,

akan selalu terisi dengan limpahan kasih sayang

menebarkan kasih bukan lagi hal yang sulit 

kerana kasih mengalir tanpa batasan

kerana jiwa telah siap diisi kembali dengan kebaikan dan keindahan dunia,

yang pasti indah dalam kebenaran-NYA.

ini semua yang akan membuat kita kaya akan kasih dan cinta untuk bekal hari mendatang

mungkin untuk kini dan esok.

p/s : layan je....

izzy


9.16.2011

maaf

assalamualaikum,



saya minta maaf andai diri ini melukakan hati sayang,

diri ini banyak kekurangan dan kelemahan,

saya mengakui semua itu,

tapi apa yang saya tahu diri ini hanya mencintai diri awk seorang sahaja.

now and ever.

p/s : pLeasE forGive Me 


izzy

RodA

assalamualaikum,



kehidupan ibarat roda.

yang sentiasa berputar pada paksinya.

ada kalanya kita berada diatas

ada kalanya kita berada dibawah

sama juga dengan perasaan

ada turun naik

jangan ingat kita sentiasa berada diatas

kita dah selesa

ada kalanya kita perlu bermula dari bawah

untuk mengapai impian

p/s : layan je entry post kat atas tu.

izzy

9.12.2011

first class

assalamualaikum,

Hari ini bermulalah kelas pertama ku selepas raya.18 hari bulan dah final sem 4 dah. Selepas ni bermulah kehidupan sem 5. Selain tu jugak saya akan kehilangan seorang ahli rumah sewa. Hari ni tiada apa yang menyeronokan. Dalam kelas pun dah start borink. Hari ni jugak seorang lecturer memarahi saya kerana membuat latihan computer untuk kawan. Kantoi la..huhuhu…lepas ni malulah sikit nak jumpa dia..yang berlalu biarkan berlalu. Hari ini jugak saya membayar duit untuk kertas repeat hari itu. rm 700. Bukan jumlah yang kecik bagi saya tu. Maklmlah saya bukan dari keluarga berada. Saya just ada mak sorang je. Dia pun tak mengetahui hal ini. Saya tak nak menyusahkan dia. Salah saya jugak. So saya sendiri la kena cari jalan penyelesaiannya.alhamdulillah dah bayar dah pun. Hari ini jugak saya kena bayar bil air, elektrik dan sewa rumah. Semua dah settle. Sekarang saya only have Rm 50, cukup tak tahu tuk 2 minggu. Harap saya dapat lari jalan penyesaian. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan keberkatan..

izzy

9.09.2011

Angry

Assalamualaikum,


Hari ini kena marah kat mak.cmne mak tak marah bru je bagi duit hari selasa dah habis dah. Salah saya juga tak pandai rancang pembelanjaan. Memang patut kena marah pun. Sekarang ni dalam kegawatan ekonomi la ni..lepas ni dah tak boleh nak boros-boros dah..saya harap dapat atasi rintangan ini..insyaAllah..
Cayoik3

izzy

Happy befday

assalamualaikum,



Happy befday my lovely.

saya harap awk sihat wal alfiat selalu. 

Semoga berada dalam junjungan selalu.

Semoga hidup diberkati Allah dan mendapat rezeki yang melimpah ruah. 

That all…

Wo Ai Ni.

izzy

9.07.2011

projek port ku

Assalamualaikum,

ini lah  port rekaan kami yang diberi nama PORT SAUH MOK AK
kelakar giler kan..
tu je nama yang sempat bermain difikiran.
huhuhuhu...


~bahagian sisi ~


~bahagian atas~


~posing nih~

~IzZy~

AzaMuddiN

Assalamualaikum,



nama            : muhamad Azamuddin
location        : kota bharu,malaysia
gender          : Lelaki
birth           : 01/07/2011
age             : 2 month



2 month


~IzZy~

9.03.2011

scared

Assalamualaikum,  

Semakin dalam saya mencintai dirinya semakin saya takut untuk berasa kehilangan. Saya  mencintainya bukan kerana harta atau untuk memuaskan nafsu semata-mata.tetapi saya betul-betul mencintainya sepenuh hati saya. Bukan untuk sementara tapi hingga akhir hayat saya. Saya ni mudah cemburu jika ada lelaki lain mendampingi diri awk. Tu sudah lumrah. Saya cuba lemparkan perasaan cemburu itu jauh-jauh. Kerana cemburu boleh merosakan hubungan. Saya ni bukan jenis ramai kawan perempuan dan mudah jatuh cinta. Saya pernah sekali jatuh cinta dan pernah clash..tu sungguh memeritkan. Jika ditakdirkan saya untuk kehilangan awk saya tidak akan bercinta lagi. Biarkan masa menentukan segalanya. Cinta itu  anugerah,lahir daripada hati yang suci. Cinta juga memerlukan pengorbanan. Ibarat kain putih. Jalinkanlah hubungan itu dengan jujur. Jangan ada sengketa dan dusta.kerana jika cinta itu dibina atas dasar itu ia tidak akan bertahan lama..

~IzZy~

9.01.2011

beraya dirumah my lovely

Assalamualaikum,


Rasa sungguh bahagia dapat beraya dirumah my lovely honey..adakah saya dapat beraya lagi cmni tak camni tahun hadapan..harap2 ada la kesempatan. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja.saya menyayangi dan mencintainya sepenuh hati saya. Tiada lagi dapat ku ucapkan dengan kata-kata. I will love her until I dead.

~IzZy~