4.16.2013

Bercinta dengan kekasih part time-part 3

“wani, please. Janganlah macam ini .”
Atiras Emyra gelisah.
Aku risaulah.
Zalwani menoleh. Dia kembali teringatkan ideanya untuk mencari part time lover. Yess bgus jugak idea tu. Tapi sape?? Yang ada semua tidak boleh pakai. Dia orang tu nak full time aje. Arghh ni yang tension ni.
“aku tak tahulah nak cekup siapa.”
“macam mana dengan Faizal.?”
Atiras Emyra seakan memberitahu cadangannya.
Zalwani mencari pula wajah kacak zaid, anak seorang usahawan. Dengan tali lehernya, dengan kotnya, dengan handsetnya, dengan Mercedes metaliknya. Hiii. Belagak.
“khairul anam , shamsul, Azhar, Fathir, Tengku, Dato’ Farid…..”. opsss.
“Dah la tu….semuanya tak boleh pakai. Aku nak cari stok baru punya.”
Zalwani tersenyum. Kelakar pula rasanya. Inilah idea paling gila pernah dia fikir dalam situasi begini. Tapi apakan daya tersepit antara dua dunia yang berbeza. Atiras Emyra terut tersenyum. Tahu apa yang tersirat dalam hati sahabat baiknya itu.

Zalwani melangkah longlai menuju ke bus stop. Malas je rasa nak pergi kerja. Dia lebih senang bersendirian di waktu begini. Mahu jadi boil memikirkan masalah yang semakin berat. Atiras Emyra disebelah hanya mendiamkan diri. Membiarkan zalwani menenangkan fikiran dan hatinya itu.
“jom tengok”
Atiras emyra menarik lembut tangan zalwani. Zalwani tidak membantah. Dia menurut sahaja langkah sahabat baiknya atiras emyra itu. dia hampir terjatuh apabila kasut tumit tingginya tersangkut pada tali beg yang terbiar atas jalan raya. Dia melihat kebawah. Membongkok sedikit mencapai beg hitam itu.
Pemuda itu kelihatan menahan sakit. Mahu tidaknya,tergolek tadi. Macam filem Hindustan je. Kereta yang melanggarnya sudah pun jauh melarikan diri. Tidak rasa bersalah sedikitpun. Seorang lelaki separuh umur menanggalkan topi keledar pemuda itu. mak oiii handsomenye. Ni yang terasa kesian ni.
Zalwani melihat saja permuda separuh sedar itu diangkat masuk kesebuah kereta. Ingin saja dia turut masuk, menemani pemuda itu. kesiannya…
“Hospital besar yea.”
Lelaki itu memberi arahan. Zalwani terasa sayu. Ishh, apalah pulak ni. Dia menghantar kereta perdana putih itu pergi hingga hilang dari pandangan. Pandanganya teralih pula kepada pada 135Lc merah yang baru sahaja diangkat dan disandarkan di tiang telefon. Macam nak bawa balik je motor itu. nak tolong simpankan. Buat koleksi..Hinshh..
“kesian kan.”
Atiras emyra sekadar mengangguk. Dia menarik zalwani ke bus stop semula. Mendapatkan tempat duduk yang kosong.
Ingatannya masih pada permuda tadi. Ingin pulak dia melawat permuda itu nanti. Tapi siapalah dia. Dia tidak mahu dianggap timba mencari perigi..cehhh berfalsafah pulak. Lagipun dia malu. Dahla tak kenal..nanti dianggap hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong.. ahh lupakan saja..

 p/s : teruskan menyokong saya


No comments:

Post a Comment