2.23.2014

Cinta,cita-cita dan keluarga

Assalamualaikum,

cinta,cita-cita dan keluarga.apa yang lebih penting?tak bolehkah kita memilih semua itu dipenuhi serentak?tamakkah aku jika aku ingin memilih semua itu.atau perlukah aku memilih salah satu satu diantara semua itu.semua itu membuatkan aku terasa sakit.sakit yang teramat.amat sakit.jika tersilap memilih antara semua itu,pasti jalan yang diambil berliku.mungkin jalan yang diambil itu mungkin mengembirakan atau sebaliknya.cinta penting dalam hidup seseorang.tanpa cinta macam mana hubungan akan terbentuk dan cinta ku hanya untuk dia seorang.walaupun kadang kala aku terasa macam diri ini dikongkong. tapi aku terlalu menyayangi dan mencintainya.cita-cita juga penting untuk ku.tanpa cita-cita macam mana aku ingin merealisasikan harapan keluarga aku.dan tanpa cita-cita macam mana seseorang itu ingin berjaya.tak kan aku ingin bergantung dengan keluarga atau orang lain atau megharapkan belas ihsan orang lain.tanpa cita-cita sesorang iu tidak akan berjaya.tak kan nak menjadi penganggur.kalu tanam anggur tak pe la.dapat juga hasilnya. ni lau jado penganggur masyarakat pun pandang serong.keluarga juga penting.tanpa keluarga siapalah kita.kita juga tidak boleh membelakangkan keluarga dalam membuat keputusan.walaupun kadang kala keputusan yang dibuat itu tidak dapat memuasakan satu pihak.restu dari keluarga juga penting dalam menjamin keharmoniaan dan kebahgiaan hidup. lebih-lebih lagi bagi anak lelaki. syurga dibawah telapak kaki ibu. tapi semua keputusan ditangan kita.aku mahukan semua itu.jika tidak cukup salah satu,hidup tidak akan complete.

~Mr.E~

2.21.2014

salah aku ke??

Assalamualaikum,

sorry sangat-sangat.bukan nak emo ke ape ke. cuma aku tak faham kenapa la jadi macam ini.sekadar meluahkan rasa hati yang tidak senang.cakap lain tapi buat lain.ke aku nie lembut sangat dan bagi banyak muka. setiap masalah aku je yang dipersalahkan. rasa lain macam je kebelakangan nie. ada je yang tak kena. tapi buat macam biasa la.tak nak fikir sangat tapi tengok la macam mana.macam mana aku nie tak fikir bukan-bukan.

~Mr.E~ 

2.19.2014

Ada apa dengan Jarak??

Assalamualaikum,

saya ingin share something untuk anda semua. harap sudilah membacanya.

jarak umur tidak penting, 
jarak tempat tinggal juga tidak penting,
jarak tarikh lahir juga tidak penting.
jarak ketinggian juga tidak penting.
jarak berat badan tidak penting.
jarak kekayaan/kemiskinan tidak penting.
YANG PENTINGNYA adalah KESETIAAN,KEPERCAYAAN,KEIKHLASAN dan KEJUJURAN dalam sebuah perhubungan.

~Mr.E~

2.14.2014

Dengki itu 'penyakit' hati.

Assalamualaikum,

Dengki dan khianat adalah penyakit hati yang sangat serius. ia bermula dengan sifat iri hati atau cemburu terhadap orang lain. jika tidak diubati, ia boleh menjurus kepada sifat dengki dan dendam, seterusnya akan mendorong kepada mengkhianati orang lain. seseorang yang tidak gembira apabila saudaranya atau orang lain memiliki sesuatu, tetapi akan berasa gembira apabila dia sendiri memperolehinya adalah satu contoh orang yang mempunyai sifat dengki.

sumber : rapi, 15 september 2013 m/s 118

IzZy

Masa untuk berhenti dan tidur.

Assalamualaikum,

ketika kita sedang melakukan suatu kerja dan anda menguap melebihi tiga kali, ia adalah petanda anda sudah mengantuk.tubuh juga letih dan tidak mampu menampung sebarang beban lagi.oleh itu, anda disarankan untuk berhenti daripada melakukan kerja tersebut dan masuklah tidur. selepas tiga atau empat jam melelapkan mata, anda bangkit dengan tenaga baru dan bolehlah menyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi. 

IzZy

2.06.2014

Sekadar Luahan Hati.

Assalamualaikum,

aku pun dah buntu, apa yang aku harus lakukan. ada saje benda yang tak kena. buat benda tu salah, buat benda nie pun salah. so macam mana aku nak buat. tak kan nak ikut je. aku bukan pak turut. aku ada akal dan fikiran. boleh beza mana baik buruk. lagi satu aku je ke yang salah. semua benda aku yang salah. semua letak kesalahan dekat aku. aku pening. banyak benda aku nak fikir. tak kan asyik nak fikir masalah je. bila la masalah ni nak selesai.

take note : sekadar meluaskan ape yang terbuku dihati.

IzZy

1.27.2014

Memaafkan Tapi Tidak Melupakan.

Assalamualaikum,

kenapalah asyik menyebut dan membangkit perkara yang sama. sudah pening kepala nie. benda yang lepas tu asyik duk berpusing-pusing dalam kepala nie. saya dah berubah. bukan macam dulu lagi. tetapi kenapa masih fikir saya nie tak berubah. 

notakaki: apa yang ditulis sekadar luahan hati. jangan salah faham.

IzZy

1.14.2014

SuKa SuKi

Assalamualaikum,


cepatnya masa berlalu. sedar tak sedar aku sendiri pun dah masuk semester baru. 3 minggu terasa begitu singkat sahaja. masa untuk bergembira dah tamat. sekarang aku perlu fokus demi mencapai kejayaan.

~IzZy~

1.13.2014

MaSa

Assalamualaikum,

pejam celik,pejam celik jap je masa berlalu. dah tak sabar rasanya ingin balik kampung. semuanya dah berbeza dekat sini. member baik pun dah berpindah tempat belajar. semuanya aku buat seorang. teringat kembali peristiwa-peristiwa bersamanya. terlalu banyak. setiap kenangan amat bermakna.masa memisahkan jarak antara kita berdua.

~IzZy~

1.03.2014

selamat tahun baru.

Assalamualaikum,

selamat tahun baru. selamat datang tahun 2014. selamat kembali ke semester baru. tapi paling menyedihkan aku telah kehilangan 5 orang sahabat.selama ini belajar bersama-sama dalam satu kohot. Bila bermula semester baru diorang tidak dapat meneruskan perjuangan mereka disini lagi. moga kalian sentiasa suksess dimana pun jua anda berada. jangan lupa study. ingat perjuangan harus diteruskan walaupun dimana anda berada. bagi aku sendiri pun banyak lagi kekurangan diri ini. sentiasa perlu berusaha hari demi hari untuk mencapai apa yang diingini. tahun 2013 menjadi titik pertemuan antara kita. tahun 2013 juga menjadi penghujung kita bersama belajar disini. banyak cabaran dan dugaan menanti selepas ini. apa yang mampu aku katakan selamat berjaya mencapai cita-cita kalian. GUD LUCK. ALL THE BEST.



~IZZY~

Bercinta dengan kekasih part time-part 10

Zalwani melepaskan keluhan. Namun hatinya masih tak beroleh ketenangan yang diharapkan. Segala-galanya telah ditetapkan. Minggu hadapan dia akan mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan bapanya. Dia akur dengan permintaan bapa yang juga adalah sebuah harapan. Dia terpaksa melupakan lelaki idamannya sendiri demi memenuhi permintaan bapanya. Apatah lagi dia adalah satu-satunya anak bapa. Segala persiapan semakin rancak di buat. Dia sendiri sudah pun menempah baju untuk majlis pertunangan itu. Semuanya bapa yang aturkan mengikut citarasanya. Hujung minggu ini dia akan pulang ke kampung untuk menguruskan majlis pertunangannya. Maklumlah dia anak tunggal dan bakal tunangnya pula anak sulung. Tentulah majlis itu akan dibuat dengan meriahnya. Farid sudah beberapa kali menelefonnya. Tapi dia mengelak untuk bercakap dengan lelaki itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu lelaki itu tentang semua ini. Argh, kenapalah semua ini harus terjadi. Zalwani mencapai sehelai kertas dan pen di tangannya mula menari dengan rancak. Mungkin inilah cara yang terbaik untuk dia menjelaskan tentang perkara ini pada farid. Dan biarlah surat itu tiba di tangan farid pada hari pertungannya itu. Dia tidak mahu farid melakukan apa-apa perkara yang tidak di ingini. “Tiras, tolong bagi surat ini pada farid nanti.” “insyaAllah...” Atiras mendapatkan Zalwani yang masih belum selesai menyiapkan surat itu. Matanya melirik pada setiap perkataan yang tertera. Hatinya terasa sebak mengenangkan sebuah takdir. Semalam dia turut mendengar tentang majlis pertunangan Zalwani. Bapa Zalwani bersungguh-sungguh meminta dia turut datang secepat yang mungkin.
Atiras sudah memohon cuti selama tiga hari. Dia ingin bersama dengan sahabatnya itu. Sekurang-kurangnya dia dapat menasihatkan Zalwani yang sedih ketika ini.
“Tiras,surat ini kau bagi kat dia masa kau nak datang rumah aku nanti yea.”
Atiras menggangguk. Surat yang telah siap itu dilipat itu dicapainya dan dimasukkan ke dalam handbagnya.
“Wani,aku harap kau bersabarlah. Semoga kau beroleh kebahgiaan dengan pengorbanan kau ini.”
‘entahlah Tiras,aku juga harap begitu.’