12.14.2011

PENAWAR LUKA

Assalamualaikum,

Biar aku pergi membawa diri,

Mengikut diri yang ketandusan rindu,

Kemana – mana yang ku rasakan perlu

Tanpa rasa getar , tanpa rasa sesal

Kerana itu ku tahu,

Mereka mencemuh diri ku,

Yang hanyut ditelan durja

Dipersada sepi ini kembali

Kerana cita – cita

Lebih dari cerita  cinta

Namun tidak ada sesiapa yang

Tahu

Adakah engkau ?

Yang mencari seribu waktu

Menatap pilu ku

Mengimbau kenangan ku

Namun aku cukup mengerti

Bahawa hidup ini adalah

Penawar

Penawar kepada sejuta luka

Yang hadir tanpa cinta.

IzZy

No comments:

Post a Comment