1.03.2014

Bercinta dengan kekasih part time-part 10

Zalwani melepaskan keluhan. Namun hatinya masih tak beroleh ketenangan yang diharapkan. Segala-galanya telah ditetapkan. Minggu hadapan dia akan mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan bapanya. Dia akur dengan permintaan bapa yang juga adalah sebuah harapan. Dia terpaksa melupakan lelaki idamannya sendiri demi memenuhi permintaan bapanya. Apatah lagi dia adalah satu-satunya anak bapa. Segala persiapan semakin rancak di buat. Dia sendiri sudah pun menempah baju untuk majlis pertunangan itu. Semuanya bapa yang aturkan mengikut citarasanya. Hujung minggu ini dia akan pulang ke kampung untuk menguruskan majlis pertunangannya. Maklumlah dia anak tunggal dan bakal tunangnya pula anak sulung. Tentulah majlis itu akan dibuat dengan meriahnya. Farid sudah beberapa kali menelefonnya. Tapi dia mengelak untuk bercakap dengan lelaki itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu lelaki itu tentang semua ini. Argh, kenapalah semua ini harus terjadi. Zalwani mencapai sehelai kertas dan pen di tangannya mula menari dengan rancak. Mungkin inilah cara yang terbaik untuk dia menjelaskan tentang perkara ini pada farid. Dan biarlah surat itu tiba di tangan farid pada hari pertungannya itu. Dia tidak mahu farid melakukan apa-apa perkara yang tidak di ingini. “Tiras, tolong bagi surat ini pada farid nanti.” “insyaAllah...” Atiras mendapatkan Zalwani yang masih belum selesai menyiapkan surat itu. Matanya melirik pada setiap perkataan yang tertera. Hatinya terasa sebak mengenangkan sebuah takdir. Semalam dia turut mendengar tentang majlis pertunangan Zalwani. Bapa Zalwani bersungguh-sungguh meminta dia turut datang secepat yang mungkin.
Atiras sudah memohon cuti selama tiga hari. Dia ingin bersama dengan sahabatnya itu. Sekurang-kurangnya dia dapat menasihatkan Zalwani yang sedih ketika ini.
“Tiras,surat ini kau bagi kat dia masa kau nak datang rumah aku nanti yea.”
Atiras menggangguk. Surat yang telah siap itu dilipat itu dicapainya dan dimasukkan ke dalam handbagnya.
“Wani,aku harap kau bersabarlah. Semoga kau beroleh kebahgiaan dengan pengorbanan kau ini.”
‘entahlah Tiras,aku juga harap begitu.’

No comments:

Post a Comment