1.27.2014

Memaafkan Tapi Tidak Melupakan.

Assalamualaikum,

kenapalah asyik menyebut dan membangkit perkara yang sama. sudah pening kepala nie. benda yang lepas tu asyik duk berpusing-pusing dalam kepala nie. saya dah berubah. bukan macam dulu lagi. tetapi kenapa masih fikir saya nie tak berubah. 

notakaki: apa yang ditulis sekadar luahan hati. jangan salah faham.

IzZy

1.14.2014

SuKa SuKi

Assalamualaikum,


cepatnya masa berlalu. sedar tak sedar aku sendiri pun dah masuk semester baru. 3 minggu terasa begitu singkat sahaja. masa untuk bergembira dah tamat. sekarang aku perlu fokus demi mencapai kejayaan.

~IzZy~

1.13.2014

MaSa

Assalamualaikum,

pejam celik,pejam celik jap je masa berlalu. dah tak sabar rasanya ingin balik kampung. semuanya dah berbeza dekat sini. member baik pun dah berpindah tempat belajar. semuanya aku buat seorang. teringat kembali peristiwa-peristiwa bersamanya. terlalu banyak. setiap kenangan amat bermakna.masa memisahkan jarak antara kita berdua.

~IzZy~

1.03.2014

selamat tahun baru.

Assalamualaikum,

selamat tahun baru. selamat datang tahun 2014. selamat kembali ke semester baru. tapi paling menyedihkan aku telah kehilangan 5 orang sahabat.selama ini belajar bersama-sama dalam satu kohot. Bila bermula semester baru diorang tidak dapat meneruskan perjuangan mereka disini lagi. moga kalian sentiasa suksess dimana pun jua anda berada. jangan lupa study. ingat perjuangan harus diteruskan walaupun dimana anda berada. bagi aku sendiri pun banyak lagi kekurangan diri ini. sentiasa perlu berusaha hari demi hari untuk mencapai apa yang diingini. tahun 2013 menjadi titik pertemuan antara kita. tahun 2013 juga menjadi penghujung kita bersama belajar disini. banyak cabaran dan dugaan menanti selepas ini. apa yang mampu aku katakan selamat berjaya mencapai cita-cita kalian. GUD LUCK. ALL THE BEST.



~IZZY~

Bercinta dengan kekasih part time-part 10

Zalwani melepaskan keluhan. Namun hatinya masih tak beroleh ketenangan yang diharapkan. Segala-galanya telah ditetapkan. Minggu hadapan dia akan mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan bapanya. Dia akur dengan permintaan bapa yang juga adalah sebuah harapan. Dia terpaksa melupakan lelaki idamannya sendiri demi memenuhi permintaan bapanya. Apatah lagi dia adalah satu-satunya anak bapa. Segala persiapan semakin rancak di buat. Dia sendiri sudah pun menempah baju untuk majlis pertunangan itu. Semuanya bapa yang aturkan mengikut citarasanya. Hujung minggu ini dia akan pulang ke kampung untuk menguruskan majlis pertunangannya. Maklumlah dia anak tunggal dan bakal tunangnya pula anak sulung. Tentulah majlis itu akan dibuat dengan meriahnya. Farid sudah beberapa kali menelefonnya. Tapi dia mengelak untuk bercakap dengan lelaki itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu lelaki itu tentang semua ini. Argh, kenapalah semua ini harus terjadi. Zalwani mencapai sehelai kertas dan pen di tangannya mula menari dengan rancak. Mungkin inilah cara yang terbaik untuk dia menjelaskan tentang perkara ini pada farid. Dan biarlah surat itu tiba di tangan farid pada hari pertungannya itu. Dia tidak mahu farid melakukan apa-apa perkara yang tidak di ingini. “Tiras, tolong bagi surat ini pada farid nanti.” “insyaAllah...” Atiras mendapatkan Zalwani yang masih belum selesai menyiapkan surat itu. Matanya melirik pada setiap perkataan yang tertera. Hatinya terasa sebak mengenangkan sebuah takdir. Semalam dia turut mendengar tentang majlis pertunangan Zalwani. Bapa Zalwani bersungguh-sungguh meminta dia turut datang secepat yang mungkin.
Atiras sudah memohon cuti selama tiga hari. Dia ingin bersama dengan sahabatnya itu. Sekurang-kurangnya dia dapat menasihatkan Zalwani yang sedih ketika ini.
“Tiras,surat ini kau bagi kat dia masa kau nak datang rumah aku nanti yea.”
Atiras menggangguk. Surat yang telah siap itu dilipat itu dicapainya dan dimasukkan ke dalam handbagnya.
“Wani,aku harap kau bersabarlah. Semoga kau beroleh kebahgiaan dengan pengorbanan kau ini.”
‘entahlah Tiras,aku juga harap begitu.’