9.26.2012

pandai makan pandai la simpan

Assalamualaikum,

maaf andai post saya ini akan menyakiti hati seseorang,makin lama makin nak marah.
makan pandai nak kemas dan susun molek tak leh. rak,sabun dan segalo mok nenek aku dah beli untuk kemudahan.tapi still berlembe jugak. nak kata tuan pengotor tuan semart jah makai. lau tak pandai nak basuh dan susun makan kat luar dan jangan uat balik bungkus makan rumah.

p/s : pandai makan pandai la simpan.jangan uat orang sakit hati.lau tak boleh simpan kemas barang angkat kaki duk lain la.

mood : sakit hati

~IzZy~

JanGan PerNah Bangga

Assalamualaikum,

jangan pernah bangga dengan kejayaan hari ini,
kerana itu belum menjamin masa depan.
sesuatu itu tak akan kekal.
bersyuklah dengan apa yang ada sekarang.
selagi kita bersyukur ngan apa yang kita ada sekarang,insyaAllah akan ditambahkan dan dipermudahkan.

~IzZy~

9.24.2012

ThreE Month

Assalamualaikum,

sekejap je masa berlalu, dup dup dah hampir 3 bulan aku menjalani latihan industri ini. pelbagai halangan dan rintangan kuhadapi. semua itu mengajar aku mengenal erti kesusahan dan kepayahan.Masa ini lah akan aku gunakan untuk bekal hari mendatang. skop kerja hampir sama je di setiap sektor dan unit yang aku lalui. di sini juga aku dapat mengenal sikap dan perwatakan seseorang.




buah cempedak di luar pagar,
ambik galah tolong tunjuk,
saya budak baru belajar,
kalau ada salah dan silap tolong ajarkan.


~IzZy~

9.20.2012

Menilai makna tersirat


Assalamualaikum,

LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan
merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia
haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.
Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan
lelaki sedemikian.
Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan
tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.
Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk
mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian
kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud
lain.
Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar
suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu
mereka harus memulakan langkah pertama.
Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih
dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang
mulut dalam tempoh lama.
Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya
dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis
dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan
lelaki.
Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah
satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan
lemah lembut dengannya.
Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan
sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati
ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi
lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.
Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar
lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis,
memang dia cintakan anda.
Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan
apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka
diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.
Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:
- Dia sayang dan takut kehilangan anda
- Dia mahu menguasai anda
- Dia tidak mahu ada pesaingan
- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.
Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap,
dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus
berleter, buruk akibatnya.
Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak
melakukan perkara yang sama.
Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan,
apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam
hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.
Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya
kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki,
mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama
lelaki.

~IzZy~

ReaLitY or FantasY

Assalamualaikum,

pocong itu benar-benar wujud ataupun hanya mimpi ilusi semata-mata. ataupun dihebahkan untuk menakutkan seseorang. Walau apa pun kesahihannya jangan biarkan ia menganggu hidup anda..







~IzZy~

9.03.2012

PaNiC

Assalamualaikum,

biarkan gambar di bawah menceritakan situasi ketika itu









P/s : don't it at Home..


~IzZy~

MajLis PerkaHwinaN & ReunioN

Assalamualaikum wbt,

gambar ini di ambil ketika majlis perkahwinan kakak kawan saya sambil majlis perjumpaan semula pelajar 6 mutiara sek keb kem tahun 2002. Hanya beberapa orang je yang sempat bergambar ketika ini.


p/s :setiap kenangan akan di abadikan dalam diri

~IzZy~